Bapa lancar mogok lapar selepas dakwa anak 'diculik' bekas isteri - Utusan Malaysia

Bapa lancar mogok lapar selepas dakwa anak ‘diculik’ bekas isteri

VINCENT Fichot mahu mogok lapar sehingga anak-anaknya dikembalikan kepadanya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki Perancis yang mendakwa dua anaknya diculik oleh bekas isterinya yang merupakan rakyat Jepun, memulakan kempen mogok lapar di sini semalam.

Tindakan itu dibuat sebagai usaha Vincent Fichot untuk menarik perhatian antarabangsa bagi menyatukan semula dia dan dua anaknya.

Jelas Fichot, dia sudah berkorban segela-galanya sehingga kehilangan pekerjaan, rumah dan duit simpanan, namun tidak sanggup berpisah dengan anak-anaknya iaitu seorang lelaki dan perempua yang masing-masing berusia enam dan empat tahun.

Lelaki berusia 39 tahun itu sudah 15 tahun tinggal di Jepun dan menegaskan tidak akan berhenti mogok lapar sehingga anak-anaknya dikembalikan kepadanya.

Katanya, jika gagal, dia mahu pihak berkuasa Perancis memaikan peranan dalam mendapatkan semula anak-anaknya dengan mengenakan sekatan terhadap negara ini.

Fichot memberitahu, bekas isterinya menuduh dia di mahkamah atas dakwaan melakukan keganasan rumah tangga sebelum menarik balik tuduhan tersebut.

“Saya sudah cuba segalanya dan meyakinkan isteri bahawa ini tidak untuk anak-anak dan kini, saya tidak sama ada mereka masih hidup atau tidak,” katanya.

Penjagaan bersama anak dalam kes perceraian atau perpisahan tidak wujud secara sah di Jepun, dan penculikan oleh ibu bapa adalah perkara biasa dan sering dibiarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Kumpulan hak asasi menganggarkan bahawa kira-kira 150,000 anak bawah umur dipisahkan secara paksa dari ibu bapa setiap tahun di Jepun. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya