Banjir Jerman: 93 mangsa disahkan maut, ratusan masih hilang - Utusan Malaysia

Banjir Jerman: 93 mangsa disahkan maut, ratusan masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Angka korban susulan hujan lebat dan banjir melanda barat Jerman semalam meningkat kepada 93 orang.

Lapor BBC, ratusan mangsa masih hilang akibat paras air yang semakin meningkat akibat bencana tersebut sehingga menyebabkan beberapa rumah musnah dalam kejadian tersebut.

Belgium turut merekodkan 12 orang terbunuh selepas cuaca melampau melanda dan pemimpin politik menyifatkan kejadian itu akibat perubahan iklim.

Canselor Jerman, Angela Merkel memberikan bantuan sepenuhnya kepada mangsa kejadian.

Negeri Rhineland-Palatinate dan North Rhine-Westphalia (NRW) terjejas teruk dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan tebing sungai pecah dan mengancam kerosakan lebih banyak rumah.

Saintis berulang kali memberi peringatan bahawa perubahan iklim disebabkan oleh tangan manusia yang membawa hujan lebat seperti ini.

Belanda turut terjejas teruk dengan banjir melanda Luxembourg dan Switzerland.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya