Arab Saudi pasang kamera elak jemaah masuk tanpa permit haji - Utusan Malaysia

Arab Saudi pasang kamera elak jemaah masuk tanpa permit haji

KERAJAAN Arab Saudi memberi amaran tegas terhadap mana-mana jemaah yang cuba memasuki kawasan Masjidil Haram tanpa permit haji. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Komander Kawalan Keselamatan Haji, Mejar Jeneral Zayed Al-Tuwyan memberi amaran tegas tindakan hukuman akan dilaksanakan terhadap mana-mana jemaah yang cuba memasuki kawasan Masjidil Haram tanpa permit haji.

Lapor Saudi Gazette, beliau berkata, semua kawasan masuk melalui lebuh raya termasuk jalan biasa akan dilengkapi kamera.

Jelasnya, pihak berkuasa turut melarang mana-mana jemaah berjalan kaki di sepanjang laluan itu.

Mejar Jeneral Abdul Rahman Al-Turki berkata, pihak tentera akan dikerahkan ke semua pintu masuk ke Arafah serta kawasan utama lain bagi mengelakkan penyusupan masuk dan dikawal oleh kamera.

Pentadbiran Awam Mujahideen, Leftenan Kolonel Ibrahim Al-Tariqi berkata, beberapa pasukan kawalan dikerahkan ke pelbagai lokasi bagi memastikan aspek keselamatan di pintu masuk Arafah dan terowong sekali gus mengelakkan dimasuki penceroboh

Katanya, tentera wanita turut ditugaskan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab besar itu.

Jelasnya, lalu lintas juga turut dikawal dengan 2,500 bas dijangka beroperasi dengan kekerapan 26,000 perjalanan.

Terdapat empat stesen bas yang akan menuju ke tempa suci seperti di Al-Nouriah, Al-Zaydi, Al-Sharaie serta stesen baharu di Dataran Jamarat.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN