Amerika mahu Najib segera bentuk kerajaan baharu Lubnan, tangani krisis pentadbiran - Utusan Malaysia

Amerika mahu Najib segera bentuk kerajaan baharu Lubnan, tangani krisis pentadbiran

JURUCAKAP Jabatan Negara di White House mahu Najib Mikati segera membentuk kerajaan bagi menangani krisis politik dan kewangan yang melanda Lubnan. - AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat meminta Perdana Menteri baharu Lubnan, Najib Mikati segera membentuk kerajaan untuk menangani krisis pentadbiran dan ekonomi yang sudah lama melanda negara itu.

“Kita mahu pemimpin itu segera membentuk kerajaan dan pemerintah yang juga komited untuk melaksanakan reformasi kritis,” kata jurucakap Jabatan Negara, Jalina Porter kepada wartawan.

Isnin lalu, Najib dilantik menjadi Perdana Menteri Lubnan selepas Saad Hariri meletak jawatan.

Ini kali kedua beliau dilantik memegang jawatan berkenaan selepas 2014.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN