fbpx

16 Oktober 2021, 10:12 am

  TERKINI

WHO ‘lindungi China’ tentang asal usul Covid-19 ?

SEORANG pejalan kaki berjalan di depan lukisan mural kesedaran Covid-19 di Mumbai, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelaskan pihaknya tidak boleh lagi ‘memaksa’ China untuk menyalurkan lebih banyak data mengenai asal-usul Covid-19.

Sebaliknya, WHO akan mencadangkan satu kajian lagi dilakukan bagi memahami dan mengenal pasti asal usul virus tersebut.

Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan berkata, agensi tersebut tidak mempunyai kuasa untuk mendesak dan memaksa mana-mana pihak supaya mendedahkan bukti asal usul koronavirus.

“Kami sentiasa mengharapkan kerjasama penuh dari semua negara anggota WHO,” katanya.

Terdahulu, timbul pelbagai teori yang mendakwa virus Covid-19 dihasilkan oleh kumpulan saintis China di dalam makmal di Wuhan, selain mendakwa virus itu bermula dari kelawar.

Teori kebocoran makmal Wuhan itu mencetuskan pelbagai debat baharu melibatkan banyak pihak dan mendesak pihak berkaitan supaya siasatan penuh mengenai asal usul Covid-19 dilakukan segera.

China sehingga kini sekeras-kerasnya menafikan koronavirus dicipta dalam makmal.

Pasukan pakar WHO yang mengunjungi Wuhan pada awal tahun ini turut memaklumkan mereka
tidak memperoleh kebenaran untuk mengakses semua data, sekali gus menimbulkan persoalan me ngenai tahap ketelusan China berhubung Covid -19. – AGENSI

POPULAR

KOSMO! TERKINI