Washington benarkan pemberian ganja kepada penerima vaksin - Utusan Malaysia

Washington benarkan pemberian ganja kepada penerima vaksin

GAMBAR hiasan - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pelbagai insentif lumayan ditawarkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mencapai tahap imuniti kelompok yang tinggi untuk membendung penularan wabak Covid-19.

Antaranya, orang ramai yang mengambil suntikan vaskin Covid-19 akan ditawarkan sepaket ganja secara percuma di bandar Washington.

Lapor CNN, Lembaga Kawalan Minuman Keras dan Ganja (LCB) Washington memberi kebenaran kepada peruncit ganja berlesen di negeri itu untuk menawarkan paket ganja itu kepada orang dewasa yang menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik vaksinasi.

LCB menerusi kenyataan memaklumkan promosi yang dikenali sebagai `Joints for Jabs’ bertujuan mengalakkan lebih ramai penduduk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Langkah itu juga bagi menyokong usaha kempen vaksinasi Covid-19 negeri tersebut.

Jelas kenyataan itu, LCB turut menerima permintaan daripada peruncit ganja berlesen untuk membantu usaha berkenaan.

Promosi itu hanya ditawarkan kepada individu yang berumur 21 tahun ke atas.

Promosi itu akan berakhir pada 12 Julai depan.

Ramai pihak di seluruh AS tampil menawarkan pelbagai insentif seperti pemberian makanan hingga tiket perlawanan baseball secara percuma untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksin untuk mencapai tujuan vaksinasi negeri.

Berdasarkan data pengesan vaksin dari CNN, sebanyak 48.7 peratus penduduk di Washington sudah menerima suntikan dos vaksin Covid-19 yang lengkap.

Menurut Jabatan Kesihatan negeri itu, pihaknya menyasarkan untuk mencapai 70 peratus vaksinasi Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya