Wanita Afrika Selatan disahkan reka cerita lahirkan bayi kembar 10 - Utusan Malaysia

Wanita Afrika Selatan disahkan reka cerita lahirkan bayi kembar 10

GOSIAME SITHOLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHANNESBURG: Seorang wanita yang mendakwa dia melahirkan 10 bayi kembar baru-baru ini sebenarnya hanya satu penipuan.

Gosiame Sithole, 37, pada awal bulan ini memberitahu dia melahirkan tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan.

Namun, pertikaian timbul apabila bapa kepada semua bayi berkenaan, Teboho Tsotetsi memberitahu dia belum bertemu dengan anak-anaknya dan menuduh Sithole menipu untuk mendapatkan duit.

Baru-baru ini, Sithole dilaporkan dimasukkan ke hospital psikiatri bagi menjalani rawatan.

Selepas beberapa minggu menjadi tanda tanya, akhirnya kes tersebut disahkan sebagai penipuan dan para doktor di Hospital Tembisa mengesahkan Sithole tidak melahirkan anak baru-baru ini.

Pihak berkuasa Gauteng dalam kenyataan memaklumkan, Sithole dimasukkan ke Hospital Tembisa pada 18 Jun lalu bagi membolehkan beberapa prosedur rawatan dilakukan terhadapnya bagi mengenal pasti tahap kesihatan wanita itu.

“Sithole perlu dipantau selama 72 jam dan doktor sebelum itu mencadangkan supaya wanita itu dimasukkan ke hospital selama tujuh hari untuk pemantauan lanjut, selaras dengan Akta Kesihatan Mental.

“Kini, sudah disahkan bahawa Sithole tidak melahirkan anak dalam tempoh terdekat, sekali gus mengesahkan dia juga tidak hamil,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, pengarang akhbar yang mula-mula melaporkan berita mengenai Sithole memohon maaf kerana tidak meneliti dakwaan wanita tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya