Taj Mahal dibuka semula - Utusan Malaysia

Taj Mahal dibuka semula

PELANCONG mengambil gambar dengan berlatarbelakang Taj Mahal selepas dibuka kepada orang ramai. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AGRA: Kerajaan India membuka semula Taj Mahal kepada pelawat hari ini ketika negara itu mula melonggarkan sekatan Covid-19.

Langkah itu selepas kes jangkitan Covid-19 menunjukkan penurunan di India sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan bandar-bandar utama termasuk New Delhi dan Mumbai melonggarkan beberapa sekatan.

Taj Mahal yang terletak di Agra merupakan destinasi pelancongan paling popular India .

Makam abad ke-17 itu, ditutup pada Mac tahun lalu selepas kerajaan mengenakan perintah berkurung untuk membendung penularan Covid-19.

Monumen yang dibina oleh Maharaja Mughal Shah Jahan, dibuka semula pada September tahun lalu dan kemudian ditutup pada April lalu akibat sekatan dilaksanakan disebabkan peningkatan drastik kes jangkitan Covid-19.

Dilaporkan, pihak berkuasa melaksanakan beberapa peraturan ketat kepada pelawat yang mengunjungi Taj Mahal antaranya mengehadkan jumlah pengunjung kepada 650 orang sehari.

Pelawat juga tidak dibenarkan untuk menyentuh monumen marmar putih. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN