Riang-riang punca pesawat tangguh penerbangan tujuh jam - Utusan Malaysia

Riang-riang punca pesawat tangguh penerbangan tujuh jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pesawat yang disewa khas oleh White House untuk membawa delegasi media Amerika Syarikat (AS) bagi membuat liputan kunjungan Presiden Joe Biden ke Eropah terpaksa menangguhkan penerbangan selama tujuh jam akibat serangga riang-riang.

Lapor Daily Mail, sejumlah riang-riang memasuki bahagian enjin pesawat dan menimbulkan masalah teknikal, sekali gus menyebabkan pesawat berkenaan tidak dapat melakukan penerbangan.

Pesawat itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Virginia pada pukul 9 malam, namun penerbangan ditangguhkan sehingga pukul 4 pagi waktu tempatan.

Insiden itu dikongsi oleh sejumlah petugas media dalam akaun media sosial mereka.

Bahagian enjin pesawat itu dimasuki oleh riang-riang jenis Brood X iaitu merupakan spesies terbesar dan hanya muncul setiap 17 tahun.

Riang-riang spesies tersebut kebanykannya boleh ditemukan di Pennsylvania, Virginia Utara, Indiana dan timur Tennessee.

Trilion riang-riang Brood X yang mempunyai belang berwarna jingga pada badannya muncul pada musim panas tahun ini.

Walaupun mempunyai saiz yang besar, serangga itu tidak berbahaya kepada manusia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya