Penjaga gol Myanmar pohon suaka di Jepun - Utusan Malaysia

Penjaga gol Myanmar pohon suaka di Jepun

PYAE LYAN AUNG tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka, Jepun, semalam. - KYODO NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang penjaga gol skuad kebangsaan Myanmar yang menunjukkan simbol tiga jari ketika dalam perlawanan di luar Tokyo, dilaporkan enggan pulang ke negara asalnya.

Peguam Shogo Watanabe berkata, Pyae Lyan Aung akan memohon suaka di Jepun.

Menurut Watanabe, pada Rabu lalu, Lyan Aung memberitahu pegawai imigresen Jepun di sebuah lapangan terbang di Osaka bahawa dia tidak akan menaiki pesawat pulang ke Myanmar.

“Selepas mengesahkan perkara itu, kami akan meneruskan prosedur untuk mendapatkan status pelarian untuk Lyang Aung sama ada di Osaka atau Tokyo.

“Amat jelas (bahawa dia merupakan pelarian politik) selepas melakukan simbol tiga jari. Saya harap status pelariannya dapat diluluskan secepat mungkin,” katanya.

Tambah Watanabe, prosesnya mungkin memakan masa lebih lama.

Bulan lalu, penjaga gol simpanan itu menunjukkan simbol tiga jari yang melambangkan tentangan terhadap junta tentera ketika lagu kebangsaan Myanmar dimainkan sebelum perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Jepun.

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan pemimpin awam, Aung San Suu Kyi pada 1 Februari lalu yang memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun.

Hampir setiap hari penduduk Myanmar mengadakan tunjuk perasaan di sekitar jalanan menuntut pengembalian semula demokrasi dan menentang tindakan kekerasan pasukan keselamatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.