Aaron, Thinaah ketuai skuad negara di Piala Thomas dan Uber

Aaron, Thinaah ketuai skuad negara di Piala Thomas dan Uber

AARON Chia dan M.Thinaah bakal mengetuai cabaran negara di Piala Thomas dan Uber 2026-IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua tonggak beregu negara, Aaron Chia dan M. Thinaah diberi mandat besar apabila masing-masing dilantik sebagai kapten skuad Piala Thomas dan Piala Uber 2026 pada 24 April ini di Horsens, Denmark.

Aaron, 29, yang sudah berpengalaman luas di pentas Piala Thomas, dipilih menerajui cabaran skuad lelaki negara berdasarkan ketenangan dan konsistensi prestasinya di peringkat tertinggi dunia.

Pelantikan pemain beregu utama itu dilihat sebagai pengiktirafan terhadap peranan pentingnya dalam pasukan, selain kemampuan memimpin ketika berdepan tekanan saingan elit antarabangsa.

Sementara itu, M. Thinaah, 28, yang bakal menggalas tugas sebagai kapten skuad Piala Uber, diberi kepercayaan memimpin barisan wanita negara pada penampilan ketiganya di kejohanan berprestij itu.

Tugas Thinaah menjadi lebih mencabar susulan ketiadaan gandingan utamanya, Pearly Tan yang terpaksa menarik diri akibat kecederaan, sekali gus menjadikan beliau sandaran utama pasukan.

Pelantikan kedua-dua pemain berkenaan sebagai langkah tepat dalam memperkukuh kepimpinan di dalam dan luar gelanggang, selain membentuk semangat kebersamaan dalam skuad negara.

Skuad negara kini giat menjalani persiapan di Denmark dengan fokus diberikan kepada aspek keserasian, ketahanan mental dan strategi bagi menghadapi cabaran sengit di pentas Piala Thomas dan Uber kali ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN