Penduduk Palestin terus dibantai tentera Israel - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin terus dibantai tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel menyerang beberapa pemuda Palestin di Pintu Damsyik bagi memberi laluan kepada penduduk penempatan haram meneruskan ‘Perarakan Bendera’ di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Menerusi video yang dikongsikan dalam media sosial, beberapa anggota polis Israel dilihat membantai penduduk Palestin sehingga diseret menuruni tangga.

Di kawasan berdekatan, seorang lelaki dan wanita turut dikasari pihak polis.

Ketegangan semakin meningkat di wilayah Palestin yang dijajah dengan sekurang-kurangnya enam rakyat Palestin ditangkap oleh Zionis Israel, manakala, berpuluh-puluh individu dikasari serta dipaksa beredar mengosongkan kawasan di Pintu Damsyik.

Penghadang besi dipasang oleh polis Israel di sepanjang jalan menuju ke pintu gerbang Damsyik serta ditutup bagi menghalang penduduk Palestin masuk.

Perarakan Bendera pertama dilakukan oleh penduduk Israel adalah pada 1974 sempena penjajahan di bahagian timur Baitulmuqaddis pada Jun, 1967.

Yehuda Hazani adalah penganjur utama perarakan bendera tersebut.

Dia merupakan ahli kumpulan Zionis terkenal dan penyokong pendudukan haram di Baitulmuqaddis serta Tebing Barat.

Perarakan itu menjadi acara tahunan selepas kematiannya pada 1992.

Dalam pada itu, seorang warga emas, Fatima Khader, 62, meluahkan ketidakpuasan hati akibat rumahnya disita oleh penduduk Israel serta memenjarakan anaknya.

“Rumah saya dirampas oleh Israel. Saya dikasari oleh Israel. Tiada undang-undang antarabangsa yang dapat melindungi kami. Undang-undang apakah ini?

“Saya sudah tua, mereka ambil anak saya dan sumbatkan dalam penjara,” katanya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.