fbpx

Penduduk Israel melampau hina Nabi Muhammad SAW

BAITULMUQADDIS: Penduduk Israel sudah melampau dan bertindak di luar batasan apabila menghina Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab semasa perarakan bendera menuju ke pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Tindakan penduduk di penempatan haram itu ibarat anjing yang menyalak bukit serta sengaja mencabar sensitiviti umat Islam di seluruh dunia.

Ratusan penduduk Israel yang mengambil bahagian sambil membawa bendera negara haram itu bukan sahaja mencetuskan provokasi, tetapi melakukan penghinaan secara terang-terangan terhadap rakyat Palestin.

Perarakan itu sebenarnya simbolik menyebarkan kebencian, kejahatan, permusuhan serta penuh sikap perkauman.

Selain penghinaan terhadap nabi, mereka juga bersorak gembira dengan menyebut ‘mati orang Arab’.

Dalam masa sama, seorang penduduk diserang tentera Israel ketika mengibarkan bendera Palestin di tengah-tengah himpunan dan perarakan di Pintu Al-Amoud.

Sehingga kini, seramai 17 penduduk Palestin ditahan tentera Israel dan berpuluh-puluh individu lain cedera di Pintu Damsyik. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!