New Zealand luluskan vaksin Pfizer-BioNTech bagi remaja 12 hingga 15 tahun - Utusan Malaysia

New Zealand luluskan vaksin Pfizer-BioNTech bagi remaja 12 hingga 15 tahun

JACINDA ARDERN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pengawal selia ubat-ubatan New Zealand, Medsafe meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech untuk kumpulan remaja berusia 12 hingga 15 tahun.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumumkan perkara tersebut.

“Selepas mempertimbangkan dengan teliti data saintifik dan perubatan yang sedia ada, Medsafe memberi keluluskan sementara agar golongan remaja diberi vaksin Pfizer,” kata Ardern menerusi kenyataan.

Jelas beliau, terdapat kira-kira 265,000 kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur 12 hingga 15 tahun di New Zealand.

Setakat ini, New Zealand sudah memberikan kira-kira sejuta dos vaksin Pfizer kepada penduduk menerusi program vaksinasi Covid-19.

Pihak berkuasa perubatan New Zealand masih belum memberi kelulusan terhadap penggunaan vaksin Covid-19 yang lain termasuk AstraZeneca.

Kerajaan New Zealand menerima tekanan untuk mempercepatkan proses vaksinasi Covid-19 dan pembukaan semula sempadan negara. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN