Lebih 800 orang ditahan dalam operasi banteras jenayah global - Utusan Malaysia

Lebih 800 orang ditahan dalam operasi banteras jenayah global

PERDANA Menteri, Scott Morrison dan Pesuruhjaya Polis Persekutuan Australia, Reece Kershaw hadir dalam sidang akhbar di Sydney. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Lebih 800 orang yang disyaki terlibat aktiviti jenayah ditahan di seluruh dunia dalam satu operasi besar-besaran dijalankan selama tiga tahun.

Lapor BBC, operasi yang dirancang bersama Australia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu, menggunakan aplikasi dikenali sebagai ANOM.

Aplikasi ANOM membenarkan polis memantau perbualan telefon penjenayah mengenai penyeludupan dadah, pengubahan wang haram dan plot pembunuhan tanpa pengetahuan individu tersebut.

Kira-kira 9,000 pegawai polis di seluruh dunia terlibat dalam operasi tersebut.

Operasi itu juga membawa kepada penahanan di 18 buah negara.

Penahanan itu termasuk suspek yang mempunyai kaitan dengan mafia dan kumpulan jenayah terancang.

Dalam operasi tersebut, dadah, senjata dan wang tunai juga dirampas.

Dalam pada itu, kerajaan Australia memaklumkan negaranya berjaya menahan seramai 224 individu dalam operasi tersebut.

“Operasi tersebut menyasarkan jenayah terancang bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh dunia,” kata Perdana Menteri, Scott Morrison dalam satu sidang akhbar.

Kerajaan New Zealand pula memaklumkan pihaknya sudah menahan 35 orang dalam operasi terbabit.

Negara itu menyifatkan operasi tersebut sebagai tindakan penguatkuasaan undang-undang paling canggih di dunia terhadap jenayah terancang setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN