Lagi kapal terbakar di Lautan Hindi - Utusan Malaysia

Lagi kapal terbakar di Lautan Hindi

KAPAL Singapura, MV X-Press Pearl terbakar dan karam di perairan Sri Lanka pada awal bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Sebuah kapal kontena di Lautan Hindi dilaporkan terbakar dengan seorang anak kapal hilang.

Menurut Tentera Luat Sri Lanka, kapal kontena MV MSC Messina yang didaftarkan di bawah Liberia mengeluarkan isyarat kecemasan hari ini.

Kapal itu terbakar selepas dua hari meninggalkan Colombo untuk berlayar ke Singapura.

“Kami dimaklumkan bilik enjin kapal tersebut terbakar dan seorang anak kapal hilang.

“Kedudukan kapal itu berhampiran dengan Pelabuhan Blair dan Indonesia,” kata jurucakap tentera, Indika Silva.

jelas Silva, pihak berkuasa Sri Lanka turut membantu urusan koordinasi bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat.

Insiden itu merupakan yang kedua berlaku di Lautan Hindi sejak kapal Singapura, MV X-Press Pearl terbakar dan karam di pelabuhan Colombo pada awal bulan ini. – AFP

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN