Kafe dihiasi duit kertas AS$2 juta - Utusan Malaysia

Kafe dihiasi duit kertas AS$2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENSACOLA, Florida: Sebuah kafe di sini sering menjadi perhatian pengunjung kerana bahagian dalamnya dihiasi dengan duit kertas berjumlah hampir AS$2 juta (RM8.2 juta).

Pemilik kafe McGuire’s Irish Pub, Martin McGuire dan isterinya, Molly mula membuka premis perniagaan itu sejak 1977.

Idea untuk menghiasi ruang kafe mereka dengan duit kertas bernilai AS$1 (RM4.1) mula muncul selepas Molly memperoleh tip yang pertama.

Molly menulis tarikh pada duit kertas tersebut dan melekatkannya pada bahagian dinding kafe.

Sejak itu, setiap pengunjung yang datang ke premis berkenaan akan melekatkan duit sumbangan mereka pada bahagian dinding dan juga siling restoran tersebut.

“Kami akan kira semua duit yang dilekatkan oleh pelanggan setiap tahun dan jumlah terkumpul sehingga kini adalah hampir AS$2 juta,” katanya.

Selain itu, McGuire memaklumkan kafenya turut menjadi sasaran golongan tidak bertanggungjawab, malah ada pekerjanya juga pernah cuba mencuri duit berkenaan.

Namun, kesemua duit yang dilekatkan pada premis tersebut tidak boleh dibelanjakan sesuka hati disebabkan terdapat tanda tangan dan kesan lubang. – AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.