NEW DELHI: India sudah menempah 300 juta dos vaksin yang belum diluluskan semasa negara itu dilanda gelombang kedua Covid-19.
Lapor BBC, vaksin yang tidak dinamakan dari firma India, Biological E dalam peringkat percubaan fasa ketiga dan didakwa menunjukkan ‘kesan yang baik’ semasa fasa kedua dan pertama.
Kerajaan Persekutuan berkata, pihaknya sudah menempah sebanyak AS$206 juta (RM850 juta) vaksin yang belum mendapat kelulusan bagi tujuan kecemasan.
India sudah melaksanakan 220 juta suntikan vaksin daripada populasi penduduk seramai 1.4 bilion orang.
Kurang daripada 10 peratus individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin disebabkan kekurangan bekalan dos tersebut.










