Kenaikan harga diesel, hanya 15 peratus rakyat terkesan - Anwar

Kenaikan harga diesel, hanya 15 peratus rakyat terkesan – Anwar

ANWAR Ibrahim (kanan) semasa hadir ke Majlis Perasmian Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kenaikan harga diesel susulan konflik di Asia Barat baru-baru ini hanya memberi kesan kepada 15 peratus rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak 85 peratus rakyat di negara ini tidak menggunakan bahan bakar tersebut mengikut harga pasaran, sebaliknya menerima subsidi bahan api tersebut yang ditampung oleh kerajaan.

“Apa yang dihebahkan adalah yang 15 peratus itu. Kajian menunjukkan harga diesel pasaran yang tinggi itu memberi kesan kepada 15 peratus rakyat. 85 peratus lagi rakyat tidak menggunakan diesel harga pasaran, tetapi harga subsidi.

“Bagaimanapun, kita setuju ada yang terkesan. Bagi pengangkutan terutama bas sekolah, lori-lori strategik dan nelayan dikecualikan (kerana menerima subsidi). Ada yang marah dengan mengatakan bahawa nelayan terkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Terminal Baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Anwar berkata, kerajaan sentiasa mengadakan rundingan dan perbincangan setiap hari untuk mencari jalan bagi meringan sekali gua meredakan beban rakyat. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN