Gara-gara sebut 'babi', pelajar dikecam netizen - Utusan Malaysia

Gara-gara sebut ‘babi’, pelajar dikecam netizen

ZHANG XIFENG tampil dalam acara Super Orator di China. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pelajar berusia 17 tahun di China mendapat kecaman orang ramai selepas menggambarkan dirinya sebagai ‘babi yang bertekad menghancurkan kubis’.

Perkataan itu merupakan peribahasa popular di negara itu yang berbunyi ‘kubis bagus dimakan atau dihancurkan babi’.

Peribahasa itu merujuk kepada dua keadaan iaitu bererti sumber daya yang bagus dihancurkan atau perempuan baik yang dirosakkan oleh seorang lelaki.

Zhang Xifeng merupakan pelajar sekolah menengah Hengshui menjelaskan perkataan yang dituturkannya itu sebagai simbolik kepada layanan pihak sekolah yang melayan pelajarnya seperti seekor babi.

Dia mengucapkan perkataan itu ketika membuat persembahan dalam sebuah acara dikenali ‘Super Orator’.

Katanya, dia sering berbincang mengenai masa depan dan impian bersama rakan-rakannya.

“Saya sering membuat jenaka sebagai babi dari pinggir bandar yang berniat menghancurkan kubis di bandar,” katanya.

Zhang berasal dari sebuah keluarga petani di wilayah Hebei dan merasakan wujudnya perbezaan antara pendidikan di bandar dan kawasan kampung.

Jelasnya, sumber pendidikan di daerahnya sangat terhad kerana hanya mempunyai dua ke tiga kelas.

“Semasa berpindah ke sekolah bandar, saya mengaku berasa malu dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki golongan keluarga kaya.

“Sebagai contoh, saya tidak tahu cara membeli tiket kereta api sedangkan kawan yang lain sudah melancong ke luar negara,” luahnya. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN