EU bimbang ancaman varian Delta memuncak - Utusan Malaysia

EU bimbang ancaman varian Delta memuncak

INFOGRAFIK mengenai varian Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Varian baharu Covid-19 iaitu Delta bakal menyumbang 90 peratus kes jangkitan baharu di Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh terdekat.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah, varian Alpha yang ditemukan buat kali pertama di United Kingdom (UK) kini menjadi dominan di EU, namun keadaan itu bakal berubah dengan kemunculan Delta.

Pengarahnya, Andrea Ammon berkata, varian Delta dijangka ‘mengganas’ pada musim panas ini dan melibatkan terutamanya golongan muda yang tidak menjadi sasaran program vaksinasi.

“Delta yang mula dikenal pasti di India disifatkan lebih mudah berjangkit dan menjelang hujung Ogos ini, kesemua kes jangkitan baharu di EU mungkin disebabkan oleh penularan varian tersebut,” katanya.

Pusat itu mengeluarkan amaran tersebut selepas Rusia berdepan dengan gelombang jangkitan besar-besaran.

UK sebelum ini turut diancam Delta, namun kerajaan Britain berjaya mengawal keadaan dengan program vaksinasi yang hampir berjaya, menyaksikan 82.5 peratus golongan dewasa sudah pun menerima satu dos suntikan vaksin.

Sehingga kini, kira-kira 30 peratus daripada golongan berusia atas 80-an dan 40 peratus penduduk atas 60-an di EU masih belum menerima dos lengkap vaksinasi.

Sehubungan itu, Ammon menggesa supaya vaksinasi dos kedua perlu dipercepatkan bagi membolehkan golongan berisiko dilindungi dari ancaman Delta.

Tegas beliau, pusat kawalan dan pencegahan penyakit menganggarkan Delta (B16172) adalah 40 hingga 60 peratus lebih mudah berjangkit berbanding Alpha (B117).

“Malangnya, varian Delta juga boleh menjangkiti mereka yang baru mendapatkan satu dos suntikan vaksin, manakala risiko itu boleh dikurangkan melalui dua dos suntikan,” ujar Ammon.

Sejak mula ditemukan di India pada hujung 2020, Delta dilaporkan menular di 85 negara di seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya