Peniaga caj RM30 baiki kalkulator diberi notis bawah Akta 723

Peniaga caj RM30 baiki kalkulator diberi notis bawah Akta 723

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan menjalankan siasatan ke atas sebuah premis yang didakwa mengenakan caj membaik pulih kalkulator RM30 di Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan sudah mengeluarkan notis kepada peniaga yang mengenakan caj RM30 bagi membaiki sebuah kalkulator dimasuki air semalam.

Timbalan Pengarah KPDN Kelantan Aswadi Jaafar berkata, notis itu bagi mengesahkan maklumat berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Peniaga dikehendaki mengemukakan maklumat terperinci berhubung kos pembaikan dalam tempoh empat hari bekerja bagi membantu siasatan lanjut.

“Sebarang cubaan mengambil kesempatan terhadap pengguna akan dikenakan tindakan tegas demi melindungi kepentingan rakyat,” katanya

Aswadi memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723).

Katanya, KPDN Kelantan akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada unsur pencatutan atau manipulasi terhadap pengguna.

“Oang ramai turut digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang salah laku peniaga melalui WhatsApp di talian 019-848 8000 atau hotline 24 jam di 09-741 6000 serta 03-8882 6088/6245,” ujarnya.

Terdahulu tular video yang dimuat naik oleh seorang pekerja pusat membaiki telefon mengenakan caj RM30 untuk membaik pulih kalkulator sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN