Enam terbunuh nahas helikopter Black Hawk di utara Manila - Utusan Malaysia

Enam terbunuh nahas helikopter Black Hawk di utara Manila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Sebanyak enam orang dilaporkan terbunuh selepas sebuah helikopter jenis S-70i Black Hawk yang dalam latihan penerbangan, terhempas di utara Manila.

Setiausaha Pertahanan, Delfin Lorenzana mengarahkan helikopter Black Hawk yang baharu diperoleh itu, digantung segera selepas insiden tersebut.

Menurut Tentera Udara Filipina menerusi kenyataan, helikopter jenis S-70i Black Hawk itu, merupakan antara 16 unit yang dibeli dari Poland pada 2019.

Jelas kenyataan tersebut, helikopter itu terhempas pada petang semalam setelah berlepas dari sebuah bekas pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah Pampanga.

Menurut Tentera Udara Filipina, Pasukan mencari dan menyelamat menemukan serpihan helikopter utiliti tempur itu.

Katanya, satu siasatan telah dilancarkan bagi mengenal pasti punca nahas itu.

Enam helikopter Black Hawks termasuk yang terhempas diterima pada November, manakala lima lagi dihantar awal bulan ini dan sedang melalui pemeriksaan teknikal.

Helikopter selebihnya dijangka terima pada akhir tahun ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya