Doktor Indonesia perlu disuntik tiga dos vaksin - Utusan Malaysia

Doktor Indonesia perlu disuntik tiga dos vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Golongan doktor dan petugas kesihatan perlu menerima suntikan dos ketiga vaksin Covid-19, lapor Kompas.com.

Perkara itu dicadangkan oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Doktor Indonesia (IDI), Slamet Budiarto ekoran ratusan doktor yang mati akibat wabak itu.

Slamet bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sebenar doktor yang maut walaupun sudah menerima suntikan vaksin.

“Kebanyakan doktor yang menerima suntikan vasksin sebanyak dua kali, bermakna ini berkaitan keberkesanan vaksin tersebut,” katanya.

Menurut Slamet, sekiranya petugas barisan hadapan itu terdedah dengan Covid-19, sekurang-kurangnya mereka hanya mengalami gejala ringan.

Katanya, mereka juga perlu diberi jaminan mempunyai bilik pengasingan sendiri dan unit rawatan rapi sekiranya dijangkiti virus itu.

Hal ini katanya, kebanyakan doktor berdepan kesukaran mendapatkan katil di hospital yang menyebabkan rawatan yang diterima menjadi lambat.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya