Diserang buaya ketika memancing, bapa masih hilang - Utusan Malaysia

Diserang buaya ketika memancing, bapa masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUMATERA: Dua beranak nyaris maut apabila perahu yang dinaiki mereka diserang buaya di Banyuasin, Sumatera Selatan.

Lapor Kompas.com, Karsiti, 45 dan anaknya, Selin, 17 sedang memancing kira-kira pukul 8.30 malam di kawasan itu.

Ketua Daerah Muara, Sugihan Welli Ardiansyah berkata, kedua-dua anak beranak itu langsung tidak melihat keadaan di sekitar ketika mereka tiba.

Katanya, tiba-tiba seekor buaya menyerang kedua-duanya yang berada di atas perahu sehingga terbalik.

Selin berjaya naik ke permukaan sungai, manakala, bapanya, diseret oleh buaya dan belum ditemui lagi.

“Kami masih mencari Karsiti bersama pihak polis. Anaknya selamat sementara ayahnya masih hilang,” katanya.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN