Dirompak, diperkosa ketika sedang bermadu kasih - Utusan Malaysia

Dirompak, diperkosa ketika sedang bermadu kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang lelaki diberkas oleh pihak polis selepas memperkosa seorang wanita dan mencuri motosikal di kebun kelapa sawit di Tanjung Morawa.

Kompas.com melaporkan, MN, 37, melakukan jenayah itu ketika mangsa, A, 18, sedang berdua-duaan dengan kekasihnya YP, 22.

Unit Siasatan Jenayah Polis Deli Serdang, M Firdaus berkata, suspek sudah menunggu selama tiga jam memantau gerak geri mangsa.

Katanya, kedua-dua mangsa hanya mampu menuruti kemahuan suspek.

“MN meminta pasangan itu berjanji tidak mengulangi perbuatan mereka.

“Kemudian, suspek mengancam YP dengan kayu sebelum mencuri motosikal dan membonceng kekasihnya. Sementara, YP ditinggalkan bersendirian dalam kebun kelapa sawit,” katanya.

Menurut Firdaus, suspek membawa wanita itu ke Kampung Patumbak dan memperkosanya.

Selepas melampiaskan nafu serakahnya, MN kembali membonceng mangsa sehingga motosikal itu kehabisan minyak.

“Lelaki itu meminta telefon mangsa untuk digadaikan bagi tujuan membeli minyak.

“Suspek meninggalkan mangsa di bawah jambatan Brigif Amplas sebeum berlalu pergi,” ujarnya.

Lelaki itu berjaya ditangkap di rumahnya semalam oleh sepasukan anggota polis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya