Covid-19: Ukraine lanjut perintah berkurung - Utusan Malaysia

Covid-19: Ukraine lanjut perintah berkurung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Kerajaan Ukraine melanjutkan tempoh perintah berkurung di seluruh negara sehingga 31 Ogos depan.

Perdana Menteri, Denys Shmygal bagaimanapun memaklumkan akan melonggarkan beberapa sekatan yang dilaksanakan di Ukraine.

Jelas Shmygal, meskipun ketika ini semua wilayah di Ukraine berada dalam zon hijau, negara juga harus bersiap sedia untuk menghadapi sebarang perkembangan.

Shmygal tidak menyatakan secara terperinci berhubung pelonggaran sekatan Covid-19.

Isnin lalu, Ukraine mencatatkan jumlah kes harian Covid-19 paling rendah iaitu sebanyak 420 kes dalam tempoh 24 jam sepanjang setahun lalu.

Semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,045 kes jangkitan baharu dan 78 kematian akibat Covid-19.

Ukraine yang mempunyai kira-kira 41 juta penduduk, merupakan antara negara paling terjejas di Eropah akibat wabak Covid-19.

Setakat 16 Jun, Ukraine melaporkan kira-kira 2.23 juta kes jangkitan Covid-19 dengan hampir 51,847 kematian. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya