Covid-19: Thailand lapor 2,804 kes jangkitan baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: Thailand lapor 2,804 kes jangkitan baharu

PENDUDUK menerima suntikan vaksin Covid-19 di luar perkarangan Hospital Narathiwat di Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Pihak berkuasa kesihatan Thailand melaporkan sebanyak 2,804 kes jangkitan baharu Covid-19 pada hari ini.

Lapor Bangkok Post, kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dicatatkan di negara itu meningkat kepada 195,909 sejak bermulanya pandemik Covid-19.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,395 kes merupakan jangkitan baharu yang berlaku dalam kalangan orang awam manakala 409 kes di penjara.

Jelasnya, sebanyak 19 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam.

Bilangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Thailand sebanyak 1,449 kes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN