China mahu kurangkan kelahiran anak Uighur   - Utusan Malaysia

China mahu kurangkan kelahiran anak Uighur  

KAJIAN baharu mendakwa dasar perancangan keluarga di China boleh mengurangkan 2.6 hingga 4.5 juta kelahiran anak dalam kalangan penduduk Uighur di selatan Xinjiang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Dasar perancangan keluarga yang ketat dilaksanakan di China didakwa akan mengurangkan antara 2.6 hingga 4.5 juta kelahiran anak dalam kalangan penduduk Uighur dan etnik minoriti di selatan Xinjiang dalam tempoh 20 tahun.

Kajian baharu yang dijalankan oleh penyelidik Jerman, Dr. Adrian Zenz turut menunjukkan dasar itu mampu mengurangkan sehingga satu pertiga penduduk minoriti di wilayah tersebut.

Laporan kajian itu dikongsikan secara eksklusif dengan Reuters sebelum didedahkan kepada umum.

Kajian itu turut merangkumi hasil penyelidikan ahli akademik China dan pegawai berhubung hasrat Beijing di sebalik dasar kawalan kelahiran anak di Xinjiang, yang belum pernah dilaporkan sebelum ini.

Data rasmi kerajaan menunjukkan kadar kelahiran menurun sebanyak 48.7 peratus antara tahun 2017 dan 2019.

Kajian itu dibuat selepas beberapa negara barat menggesa menyiasat tindakan China di Xinjiang sama ada mempunyai kaitan dengan pembunuhan secara beramai-ramai.

Beberapa kumpulan hak asasi, penyelidik dan penduduk mendakwa dasar tersebut juga merangkumi peraturan baharu had kelahiran anak yang dilaksanakan terhadap etnik Uighur dan minoriti Islam, pemindahan pekerja di wilayah lain serta penahanan hampir sejuta penduduk Uighur dalam rangkaian kem.

Kajian Zens mendapati populasi etnik minoriti di selatan Xinjiang akan mencapai antara 8.6 hingga 10.5 juta menjelang tahun 2040 di bawah dasar kawalan kelahiran anak baharu.

Angka itu dibandingkan dengan 13.14 juta yang diunjurkan oleh penyelidik China yang menggunakan data sebelum dasar kawalan kelahiran anak dilaksanakan dan jumlah populasi sedia ada kira-kira 9.47 juta.

Zens menjangkakan dasar Beijing itu dapat meningkatkan populasi Han kepada kira-kira 25 peratus berbanding 8.4 peratus di selatan Xinjiang pada ketika ini.

Sebelum ini, China memaklumkan penurunan kadar kelahiran etnik minoriti itu disebabkan oleh pelaksanaan sepenuhnya kuota kelahiran anak di Xinjiang dan beberapa faktor lain.

“Dakwaan kononnya pembunuhan secara beramai-ramai di Xinjiang adalah omong kosong semata-matanya,” jelas Kementerian Luar China.  – REUTERS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN