China lapor 20 kes baharu Covid-19 - Utusan Malaysia

China lapor 20 kes baharu Covid-19

PETUGAS kesihatan memberi suntikan vaksin kepada penduduk di sebuah pusat vaksinasi di Rongan, wilayah Guangxi, selatan China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan sebanyak 20 kes baharu Covid-19 di ibu negaranya, semalam.

Lapor Reuters, pihak berkuasa kesihatan China memaklumkan jumlah itu rendah berbanding 23 kes jangkitan Covid-19 yang dicatatkan sehari sebelumnya.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak dua kes membabitkan penularan tempatan iaitu menurun daripada empat kes direkodkan sebelum ini, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional.

Jelas suruhanjaya tersebut, semua kes tempatan itu dikesan di wilayah selatan Guangdong.

China juga melaporkan sebanyak 25 kes jangkitan tanpa gejala berbanding 24 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Negara itu tidak mengklasifikasi jangkitan tanpa gejala sebagai kes yang disahkan.

Setakat Isnin lalu, China melaporkan sebanyak 91,471 kes jangkitan yang disahkan dan angka kematian masih kekal pada 4,636 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN