China didakwa giat hasilkan senjata biologi untuk perang - Utusan Malaysia

China didakwa giat hasilkan senjata biologi untuk perang

CHINA percaya akan berlaku Perang Dunia Ketiga dan membuat persediaan dengan menghasilkan senjata biologi. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: China didakwa menghabiskan masa selama beberapa dekad untuk menjalankan penyelidikan mengenai senjata biologi secara bersembunyi di puluhan makmal rahsia di seluruh negara itu.

Negara yang mempunyai keluasan sekitar 9.6 juta kilometer persegi itu didakwa mempunyai 50 makmal rahsia, dengan para saintis Amerika Syarikat (AS) mengesyaki mereka aktif dalam menghasilkan ‘bom bakteria’ yang boleh menyebabkan maut skala besar-besaran.

Kebimbangan mengenai kewujudan makmal rahsia China muncul ketika teka-teki tentang asal usul virus Covid-19 terus menjadi persoalan, dengan kebanyakannya mendakwa ia dicipta dalam makmal di Wuhan.

Jabatan Negara AS mendakwa memperoleh sejumlah dokumen yang menunjukkan komandan Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) percaya akan berlaku Perang Dunia Ketiga pada masa akan datang.

Dokumen yang dieroleh itu secara tidak langsung menunjukkan senjata biologi dan genetik akan digunakan sebagai ‘senjata utama untuk meraih kemenangan dalam peperangan tersebut’.

Laporan pertama mengenai senjata biologi tersebut didedahkan pada April lalu yang menunjukkan hubungan rapat antara tentera China dengan makmal rahsia di negara itu, sekali gus meningkatkan perkembangan penyelidikan biologi.

Selain itu, laporan tersebut memaklumkan China dipercayai mempunyai sejarah program senjata biologi seperti senjata yang mengandungi risin, botulinum dan juga ejen pencetus anthrax, kolera dan tularemia.

“Maklumat yang diperoleh menunjukkan China terlibat dalam kegiatan yang menimbulkan kebimbangan,” jelas laporan itu.

Jabatan Negara AS turut mempersoalkan jika China mematuhi Konvensyen Senjata Biologi (BWC) yang ditandatangani negara itu pada 1984.

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh para saintis AS pada 2002, terdapat beberapa makmal di China terlibat dalam kajian racun serta patogen yang boleh membawa maut.

Satu daripadanya adalah makmal di Yan’an yang didakwa menghasilkan empat jenis senjata biologi termasuk bom bakteria.

Beberapa bandar lain termasuk Changchun, Kunming, Shenyang dan Wuhan pula didakwa terlibat dalam kajian dan membangunkan pelbagai ejen perang biologi.

Terdapat dua pusat kemudahan di China didakwa mempunyai kaitan dengan pembangunan senjata biologi untuk perang iaitu Akademi Mikrobiologi dan Epidemiologi di Sains Perubatan Tentera, Kementerian Pertahanan di Beijing dan Institut Produk Biologi Lanzhou.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya