Benjamin Netanyahu berundur sebagai Perdana Menteri Israel - Utusan Malaysia

Benjamin Netanyahu berundur sebagai Perdana Menteri Israel

BENJAMIN NETANYAHU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Benjamin Netanyahu akhirnya terpaksa berundur dari jawatan Perdana Menteri Israel selepas ahli Parlimen mengundi 60-59 untuk membentuk kerajaan baharu.

Pemimpin berhaluan kanan, Naftali Bennet dari Parti Yemina akan dilantik sebagai perdana menteri baharu Israel.

Bennet akan menjadi Perdana Menteri Israel sehingga September 2023 kemudian digantikan oleh Yair Lapid selama dua tahun sebagai perkongsian kuasa yang dipersetujui sebelum ini.

Kerajaan pakatan baharu itu terdiri dari lapan parti politik yang tujuannya sama iaitu untuk menyingkirkan Netanyahu yang sudah berkuasa selama 12 tahun.

Kerajaan baharu itu dijangka akan ‘berusaha’ mengurangkan ketegangan dengan Palestin dan menjalin hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, ratusan penyokong anti Netanyahu meraikan ‘saat kegembiraan’ itu dengan berhimpun dan berarak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya