Bayi Filipina diberi nama HTML - Utusan Malaysia

Bayi Filipina diberi nama HTML

TANGKAP layar hantaran Facebook ibu kepada bayi bertuah itu. – FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang pembangun web di Filipina memberikan nama anaknya dengan Hypertext Markup Language Rayo Pacual atau singkatannya HTML.

Nama yang sangat janggal itu diberikan sebagai penghargaan buat bapa bayi itu, Mac Pascual yang menceburi kerjaya tersebut sehingga tular dalam Facebook.

Portal tempatan, Inquirer.net melaporkan, HTML dilahirkan dalam keadaan sihat dengan berat 2.25 kilogram di Bulacan Medical Mission Group Cooperative Hospital di utara Manila.

Ibu bayi itu, Salie Rayo Pascual berkata, dia berbangga dengan nama itu dan rakan-rakannya turut gembira dengan pemilihan itu.

Malah, ada komen dalam Facebook yang mendoakan supaya bayi itu dapat menggodam Pentagon apabila besar nanti.

Mac berkata, nama-nama pelik memang sudah menjadi kebiasaan dalam keluarganya kerana nama pendeknya adalah Macaroni 85.

“Salah seorang kakak saya namanya ialah Spaghetti 88 dan dua anaknya pula bernama Cheese Pimiento dan Parmesan Cheese,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN