Bapa hantar sendiri anak dijangkiti Covid-19 ke hospital - Utusan Malaysia

Bapa hantar sendiri anak dijangkiti Covid-19 ke hospital

TANGKAP layar video menunjukkan seorang lelaki lengkap memakai PPE untuk menghantar anaknya ke hospital bagi menerima rawatan akibat Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Satu video yang menunjukkan seorang bapa lengkap mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) menaiki motosikal untuk membawa anaknya yang dijangkiti Covid-19 ke hospital lapangan menjadi tular dalam media sosial di Thailand.

Lapor Nation Thailand, lelaki tersebut mengetahui anaknya dijangkiti Covid-19 ketika menjalani kuarantin di sebuah pusat di daerah Khlong Toei, di sini.

“Pihak berkuasa kesihatan meminta anak saya menunggu ketibaan pegawai perubatan untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Namun, lepas beberapa hari, mereka belum datang mengambil anak saya dan kerana tidak mahu terus menunggu, saya membuat keputusan untuk menghantar sendiri anak ke hospital lapangan,” katanya.

Lelaki itu memberitahu, dia sanggup membeli PPE untuk menghantar anaknya kerana mahu anaknya dirawat segera.

“Saya menangis sepanjang perjalanan menghantar anak saya ke hospital. Walaupun kami terpaksa berpisah, namun saya sanggup buat apa sahaja bagi memastikan anak sihat,” ujarnya.

Video tersebut yang dimuat naik dalam TikTok ditonton lebih 477,000 pengguna media sosial dan menerima 3,600 komen.

Lelaki itu kemudiannya memuat naik satu lagi video menunjukkan dia menghubungi anaknya dan menyatakan dia lega kerana kesihatan anaknya semakin baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.