AS bakal sumbang 500 juta dos vaksin Pfizer kepada 92 negara - Utusan Malaysia

AS bakal sumbang 500 juta dos vaksin Pfizer kepada 92 negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden merancang untuk menyumbang kira-kira 500 juta dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer kepada hampir 100 negara dalam tempoh dua tahun.

AS dijangka menyumbang 200 juta dos pada tahun ini dan 300 juta dos pada separuh pertama tahun depan kepada 92 negara berpendapatan rendah dan Kesatuan Afrika.

Sumbangan vaksin itu akan dilakukan menerusi program COVAX.

Biden dijangka mengumumkan mengenai prkara itu hari ini dalam mesyuarat Kumpulan Tujuh (G7) di Britain.

Sumbangan itu dibincangkan sejak empat minggu lalu oleh ketua penyelaras tindakan Covid-19 White House, Jeff Zients dan pasukan pencegahan koronavirus.

Selain itu, pentadbiran Biden juga dijangka menyumbang vaksin Covid-19 keluaran Moderna kepada negara memerlukan. – REUTERS

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya