4,000 wanita UK alami perubahan kitaran haid selepas vaksin - Utusan Malaysia

4,000 wanita UK alami perubahan kitaran haid selepas vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Hampir 4,000 wanita melaporkan mereka mengalami perubahan kitaran haid selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 di United Kingdom (UK).

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Royal College (RCOG) menyatakan terdapat wanita yang mengalami perubaharan kitaran haid dalam jangka hayat mereka dan perkara itu mungkin berlaku ketika mendapatkan suntikan vaksin.

Data vaksinasi juga tidak menunjukkan masalah berhubung kitaran haid wanita selepas menerima suntikan vaksin.

Namun, RCOG mengesahkan ada sejumlah wanita mengalami pendarahan haid yang lebih banyak selepas terima vaksin dan pakar giat meneliti faktor kemungkinan ia berlaku.

Sebanyak 2,734 wanita membuat laporan mengenai masalah kitaran haid mereka selepas menerima vaksin AstraZeneca, 1,158 (Pfizer) dan 66 (Moderna) sehingga 17 Mei lalu.

Kebanyakannya membuat laporan mengenai mengalami pendarahan haid yang lebih banyak.

Sehubungan itu, timbalan presiden keahlian RCOG, Dr, Pat O’Brien menegaskan bahawa kesan sampingan vaksin adalah ringan dan perkara itu tidak sepatutnya menjadi halangan untuk golongan wanita mendapatkan vaksin.

“Banyak wanita akan mengalami prubahan kitaran haid sepanjang hayat mereka dan itu adalah perkara biasa,” katanya.

Sehingga kini, UK sudah memberikan suntikan vaksin sebanyak 43,127,763 dos pertama dan 31,449,915 lengkap dos kedua.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya