30 kes kemalangan berkaitan kereta Tesla, disiasat - Utusan Malaysia

30 kes kemalangan berkaitan kereta Tesla, disiasat

KEMALANGAN melibatkan kereta Tesla yang merempuh pokok di Carlton Woods, Texas sebelum terbakar pada April lalu. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi pengawal selia keselamatan automotif Amerika Syarikat (AS) mendedahkan satu siasatan sedang dijalankan berhubung 30 kes kemalangan kereta Tesla yang membabitkan sistem
mod pandu sendiri sehingga menyebabkan 10 kematian.

Keselamatan mod pandu sendiri kenderaan itu dipertikaikan selepas insiden dua lelaki maut akibat kereta elektrik keluaran Tesla yang dinaiki mereka dipercayai diletakkan dalam sistem tersebut, merempuh sebatang pokok di Houston, Texas sebelum terbakar.

Lapor Daily Mail, Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) kini mengeluarkan senarai yang memaparkan perincian mengenai kemalangan itu yang dikaji dibawah program Penyiasatan Kemalangan Khas.

Senarai itu menunjukkan NHTSA telah membuka lapan kertas siasatan terhadap kemalangan membabitkan kereta Tesla bagi bulan Mac sahaja.

Secara keseluruhannya, sebanyak 30 kes kemalangan kereta Tesla dilaporkan yang mana 10 daripada jumlah kes itu mengakibatkan kematian.

Daripada jumlah 30 kes kemalangan kereta Tesla, NHTSA menolak kemungkinan sistem mod pandu sendiri terlibat dalam tiga kes.

Agensi itu hanya mengeluarkan laporan mengenai dua kes kemalangan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya