27 maut diserang lelaki bersenjata di Nigeria - Utusan Malaysia

27 maut diserang lelaki bersenjata di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerang pasar dan padang bola sepak di sebuah pekan di tengah Nigeria.

Menurut polis di Benue, pihaknya masih sedang menyiasat kejadian itu.

Benue merupakan sebahagian wilayah Middle Belt yang mana konflik puak sering berlaku antara penggembala nomad dan petani tempatan berhubung isu tanah dan air.

Jurucakap polis Benue berkata, kejadian itu berlaku di kawasan Agatu kelmarin kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) ketika penduduk sedang menutup kedai di pasar.

Katanya, siasatan dijalankan untuk mengetahui motif serangan tersebut.

Dilaporkan, kumpulan bersenjata di barat laut dan tengah NIgeria sering menyerbu kawasan perkampungan, mencuri lembu dan menculik penduduk untuk menuntut wang tebusan.

Minggu lalu, sekurang-kurangnya 88 orang terbunuh selepas beberapa lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menyerang tujuh perkampungan di daerah Danko-Wasagu di barat laut Kebbi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya