20 maut dipanah petir di Bengal - Utusan Malaysia

20 maut dipanah petir di Bengal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOLKATA: Sekurang-kurangnya 20 orang maut akibat dipanah petir di tiga daerah di selatan Bengal semalam.

Lapor The Indian Express, pegawai pengurusan bencana negeri memaklumkan sembilan orang meninggal dunia di Murshidabad, sembilan lagi maut di Hooghly dan dua orang mati di Purba Medinipur.

Jelasnya, tiga orang mengalami kecederaan akibat dipanah petir di Murshidabad dan kini menerima rawatan di hospital Jangipur.

Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Perdana Menteri juga meluluskan pampasan sebanyak 200,000 rupees (RM11,338) kepada ahli keluarga kepada mangsa yang maut dalam insiden itu.

Mangsa tercedera pula akan menerima 50,000 rupees (RM2,834). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN