11 tahun hilang, rupa-rupanya tinggal dengan kekasih - Utusan Malaysia

11 tahun hilang, rupa-rupanya tinggal dengan kekasih

ALINCHUVATTIL Rahman dan kekasihnya, Sajitha. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KERALA: Seorang wanita yang hilang sejak 11 tahun lalu, rupa-rupanya hanya tinggal 500 meter dari kawasan rumah keluarganya di Kampung Ayalur.  

Lapor Indian Express, keluarga Sajitha sudah berputus asa untuk mencarinya selepas dia keluar rumah sejak 2010 kerana menyangkakan wanita itu sudah mati atau tinggal beribu batu dari rumah ibu bapanya. 

Semasa keluar rumah, wanita itu langsung tidak membawa telefon bimbit dan pihak polis tidak mampu mengesan kedudukannya. 

Sajitha ditemui awal bulan ini selepas lelaki tempatan berusia 24 tahun, Alinchuvattil Rahman dilaporkan hilang dari rumah keluarganya, tiga bulan lalu. 

Pada suatu hari, abang lelaki itu, Basheer ternampak adiknya di seberang jalan dan mengekorinya sehingga ke rumah yang disewa bersama Sajitha. 

Kedua-dua pasangan itu menganut dua agama berbeza dan keluarga mereka tidak merestui cinta mereka selama ini. 

Disebabkan itu, pasangan kekasih tersebut mengambil keputusan untuk tinggal secara rahsia. 

Lelaki itu bekerja sebagai pelukis dan mempunyai bilik berasingan yang kerap dikunci di rumah itu dan Sajitha dipercayai tinggal di dalam bilik berkenaan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN