PEKIN, China: Sekurang-kurangnya 12 maut dan 138 cedera apabila saluran paip gas meletup di tengah China hari ini.
Sebanyak 150 penduduk dipindahkan susulan kejadian itu yang berlaku di bandar Shiyan di wilayah Hubei, dengan 37 cedera parah.
Letupan itu menyebabkan sebuah bangunan yang menempatkan pasar runtuh pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan serpihan kaca pecah berselerakan memenuhi tingkat satu bangunan tersebut.
Sementara itu, beberapa hospital di Shinyan menggesa orang ramai mendermakan darah bagi membantu mangsa yang cedera. – AFP










