Zhurong mula teroka planet Marikh - Utusan Malaysia

Zhurong mula teroka planet Marikh

GAMBAR yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Angkasa Lepas China menunjukkan imej dirakam oleh kamera navigasi Zhurong di permukaan planet Marikh. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kenderaan robotik milik China, Zhurong dilaporkan sudah turun daripada platform pendaratan dan ketika ini sedang meneroka permukaan planet Marikh.

Lapor agensi berita AP, Pentadbiran Angkasa China memaklumkan kenderaan robotik berkuasa solar itu menyentuh permukaan planet Marikh pada pukul 10.40 pagi (waktu tempatan) semalam. 

Sabtu lalu, China berjaya mendaratkan sebuah pesawat yang membawa kenderaan robotik itu di permukaan planet Marikh.

Kejayaan itu dianggap sebagai satu pencapaian menakjubkan memandangkan kesukaran untuk melakukan proses pendaratan di permukaan planet berkenaan.

China menjadi negara kedua yang berjaya mendaratkan kenderaan robotik di Marikh selepas Amerika Syarikat (AS).

Zhurong yang bermaksud dewa api dalam mitos masyarakat Cina, menjalani ujian diagnostik selama beberapa hari sebelum memulakan penerokaan pada Sabtu. 

Kenderaan robotik itu dijangka dikerahkan selama 90 hari untuk mencari bukti kehidupan di planet tersebut. 

Pada 2019, China menjadi negara pertama berjaya mendarat pesawat angkasa di sisi paling jauh bulan. 

China menjadi negara ketiga di dunia ini yang berjaya membawa pulang sampel batu dari bulan pada Disember tahun lalu. 

Sampel tersebut diambil dari permukaan bulan yang belum diterokai sebelum ini dan juga dilihat sebagai sampel pertama diperoleh oleh mana-mana negara sejak tahun 1970an. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya