Wang syiling boleh melekat di tempat suntikan vaksin - Utusan Malaysia

Wang syiling boleh melekat di tempat suntikan vaksin

JAKARTA: Sejak kebelakangan ini heboh diperkatakan mengenai duit syiling yang dikatakan mampu melekat di tempat suntikan vaksin yang dilakukan di kawasan lengan.

Lapor Tribunnews, ramai yang mendakwa situasi itu berlaku disebabkan wujudnya medan magnet yang muncul.

Ahli Epidemiologi dan Penyelidik Pandemik dari Universiti Griffith, Dicky Budiman berkata, situasi itu bukan sesuatu yang ganjil selepas menerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, katanya tidak bermakna wujud medan magnet seperti heboh diperkatakan.

“Ini jelas adalah tidak saintifik dan tidak logik. Banyak sebab kenapa duit syiling boleh melekat.

“Ketika kecil kita juga sering meletakkan wang syiling itu di kening dan pipi. Melekat sepeti biasa kerana ada kebarangkalian ia melekat tinggi,” jelasnya.

Menurut beliau, antara faktor yang menyebabkan wang syiling boleh melekat kerana bekas plaster yang digunakan untuk menampal kapas.

Katanya, setelah dibuka, plaster tersebut masih mengandungi pelekat yang menyebabkan wang syiling itu melekat.

Selain itu, katanya, apabila terdapat kandungan minyak atau peluh pada tubuh badan sehingga membuatkan ia mudah melekat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN