Varian B1617 ditemui di sekurang-kurangnya 53 negara - WHO - Utusan Malaysia

Varian B1617 ditemui di sekurang-kurangnya 53 negara – WHO

UPACARA pembakaran mayat secara besar-besaran di New Delhi selepas India melaporkan lonjakan kes kematian akibat Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Varian Covid-19 yang pertama kali dikesan di India, kini ditemui di 53 negara dan wilayah, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO juga menerima maklumat daripada sumber tidak rasmi bahawa varian B1617 turut dikesan di tujuh lagi negara dan wilayah lain, sekali gus menunjukkan jumlah itu meningkat kepada 60 wilayah dan negara.

Data itu dilaporkan oleh WHO menerusi kemas kini epidemiologi mingguan mengenai pandemik Covid-19.

Jelas laporan itu, varian B1617 menunjukkan peningkatan penularan manakala tahap keseriusan penyakit dan risiko jangkitan masih lagi dalam siasatan.

B1617 merupakan varian keempat yang ditetapkan sebagai kebimbangan global dan memerlukan pengesanan dan kajian yang lebih tinggi.

Tiga varian lain membabitkan varian Covid-19 yang pertama kali dikesan di Britain (B117), Afrika Selatan (B1351) dan Brazil (P1).

Varian B117 ditemui di 149 negara dan wilayah, B1351 pula dikesan di 102 negara dan wilayah manakala varian dari Brazil dikenal pasti di 59 negara dan wilayah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya