Tipu baucar KFC RM37,796 - Utusan Malaysia

Tipu baucar KFC RM37,796

XU berjaya memanipulasi masalah teknikal sistem pesanan dalam talian aplikasi KFC untuk memesan makanan percuma bernilai 6,500 pound. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pelajar dipenjarakan selepas memanipulasi masalah teknikal dialami sistem pesanan dalam talian aplikasi KFC untuk memesan makanan percuma bernilai 6,500 pound (RM37,796).

Lapor Metro, Xu, 23, dari China berjaya mendapatkan bekalan ayam percuma dengan memanipulasi sebuah sistem baucer selama enam bulan.  

Dia juga berkongsi rahsia itu dengan empat lagi rakannya yang secara kolektif melakukan penipuan untuk mendapatkan hidangan ayam bernilai 15,500 pound (RM90,129) sebelum kesemuanya ditahan. 

Xu pada mulanya mengenal pasti masalah teknikal itu ketika memesan makanan melalui aplikasi telefon KFC dengan menggunakan baucar pada April 2018. 

Antara April hingga Oktober 2018, Xu berjaya membeli makanan menggunakan baucar percuma daripada aplikasi KFC dan mendapat semula kupon menerusi aplikasi WeChat. 

Xu kemudian menjual makanan yang diperoleh menerusi pembelian baucar itu kepada rakan-rakannya pada harga yang lebih rendah.

Beberapa rakannya yang melakukan penipuan sama berjaya mendapatkan hidangan makanan bernilai antara 1,000 pound dan 5,200 pound (RM5,814 dan RM30,237) setiap orang.   

Xu dihukum penjara selama dua tahun enam bulan dan didenda 700 pound (RM4,070) manakala rakan-rakannya dipenjara antara dua tahun dan 13 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya