Tentera Zionis tembak penunjuk perasaan Palestin di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Tentera Zionis tembak penunjuk perasaan Palestin di Tebing Barat

PASUKAN keselamatan melepaskan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan Palestin dalam demonstrasi membantah peluasan penempatan Israel berhampiran kampung Beit Dajan di Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan seorang penunjuk perasaan maut dan puluhan cedera ketika bertempur dengan pasukan tentera Israel dalam tunjuk perasaan di Tebing Barat.

Ketenteraan Zionis mendakwa pertempuran itu berlaku selepas penunjuk perasaan melepaskan tembakan ke arah pasukan tenteranya.

Israel menyatakan insiden itu menyebabkan dua anggota tentera cedera ditembak pada bahagian kaki dan terpaksa dimasukkan ke hospital.

Pertempuran antara penunjuk perasaan Palestin dengan tentera Israel merupakan insiden biasa berlaku di Tebing Barat.

Namun, dakwaan Zionis mengenai penunjuk perasaan melepaskan tembakan ke arah pasukan tenteranya diragui kerana jarang penduduk awam Palestin mengadakan demonstrasi menggunakan senjata api.

Kementerian Kesihatan mengenal pasti mangsa sebagai Muhammad Hamid berusia 25 tahun.

Selain itu, kira-kira 46 yang lain cedera dengan 16 daripadanya mengalami kecederaan akibat terkena tembakan.

Sementara itu, pertempuran antara penunjuk perasaan dan tentera Zionis dijangka terus berlaku. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya