Suami bunuh isteri sedang mengandung - Utusan Malaysia

Suami bunuh isteri sedang mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURABAYA: Seorang wanita yang sedang mengandung selama lima bulan dibunuh suami sendiri sebelum dibuang di kawasan lapang berdekatan Masjid Nasional Al-Akbar.

Lapor Kompas.com, mangsa berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan sudah membusuk dan berbungkus dalam tilam.

Ketua Unit Penyiasatan Jenayah, Polis Surabaya, Oki Ahadian berkata, lelaki berusia 25 tahun itu tergamak membunuh pasangannya sendiri kerana berdendam dengan mangsa yang pernah menipu dirinya.

“Asalnya mereka bertengkar sehingga suspek menekap bantal ke muka mangsa dan mencekik lehernya sehingga mati,” katanya.

Menurut Oki, selain cemburu kerana mendakwa isterinya mempunyai hubungan lain, pasangan itu turut berbalah mengenai giliran menjaga anak pertama mereka.

“Selepas membunuh isterinya, suspek menyimpan mayat mangsa di dalam bilik selama tiga hari. Ketika itu, janin yang dikandung mangsa keluar dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Janin itu dikenal pasti sebagai bayi lelaki,” jelasnya.

Dalampada itu, sebelum wanita itu ditemui mati, jirannya sempat mendengar perbalahan antara suami isteri dari rumah mereka.

“Jiran tetangga memaklumkan mengenai kes pembunuhan itu. Sedangkan, tiga hari sebelum kejadian saya pernah mendengar mereka bertengkar dari bilik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya