Sri Lanka berusaha padamkan kebakaran kapal MV X-Press Pearl - Utusan Malaysia

Sri Lanka berusaha padamkan kebakaran kapal MV X-Press Pearl

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Pasukan penyelamat Sri Lanka berusaha memadamkan kebakaran yang sudah berlarutan selama seminggu pada kapal kontena dimuatkan dengan bahan kimia untuk mengelakkan kemungkinan berlakunya pencemaran marin.

Menurut tentera laut Sri Lanka, kapal kontena MV X-Press Pearl yang didaftarkan di Singapura itu, membawa 25 tan asid nitrik serta bahan kimia dan kosmetik yang tidak didedahkan.

Sebanyak lapan daripada hampir 1,500 kontena jatuh ke laut pada Selasa lalu yang mana salah sebuah daripadanya terdampar di pantai Negombo kira-kira 40 kilometer (km) dari Colombo.

Dilaporkan, angin kencang bersama taufan melanda timur India menghambatkan usaha memadamkan kebakaran ketika asap tebal keluar dari kapal MV X-Press Pearl.

Tentera Udara Sri Lanka menggunakan beberapa helikopter untuk menyemburkan sebanyak 425 kilogram (kg) bahan kimia bagi memadamkan kebakaran kapal itu, semalam.

Wakil dari Pihak Berkuasa Perlindungan Marin, Dharshani Lahandapura langkah-langkah pencegahan sedang dilaksanakan bagi menangani kejadian sekiranya berlaku tumpahan bahan kimia atau minyak dari mesin dan tangki kapal.

Dalam pada itu, jurucakap tentera laut, Kapten Indika de Silva berkata, 25 anak kapal berjaya dipindahkan dengan selamat namun seorang dimasukkan ke hospital kerana mengalami cedera ringan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN