Serpihan roket China, Long March 5B dijangka terhempas di Lautan Pasifik - Utusan Malaysia

Serpihan roket China, Long March 5B dijangka terhempas di Lautan Pasifik

ROKET Long March 5B yang membawa modul angkasa lepas Tianhe berlepas dari Pusat Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang di Hainan, China. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (AS) menjangka serpihan roket China akan terhempas di Lautan Pasifik berdekatan garisan Khatulistiwa selepas melalui kawasan bandar di timur AS.

Garisan orbit itu meliputi sebilangan besar kawasan dari New Zealand hingga ke kepulauan Newfoundland.

Agensi itu mengesan serpihan daripada roket Long March 5B sejak ia dilancarkan minggu lalu dan serpihan berukuran 30 meter secara kasar akan menjadi serpihan angka lepas terbesar yang akan jatuh ke bumi.

Jabatan Pertahanan AS pula menjangka roket itu akan terhempas ke bumi Sabtu ini walaupun tidak dapat ditentukan dengan tepat lokasi dan masa ia akan jatuh.

Sementara itu, White House menggesa ‘tingkah laku angkasa lepas yang bertanggungjawab’ terhadap roket China yang berada di luar kawalan serta dijangka terhempas ke bumi, hujung minggu ini.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, AS komited menangani risiko peningkatan kesesakan akibat serpihan dan aktiviti yang semakin meningkat di ruang angkasa lepas.

Jelasnya, pihaknya mahu bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bagi mempromosikan kepemimpinan dan tingkah laku angkasa lepas yang bertanggungjawab.

Roket Long March 5B yang dilancarkan Khamis lalu dari Pulau Hainan dilaporkan gagal dikawal dan sepatutnya sudah melakukan pendaratan di bumi.

Roket itu dilaporkan membawa modul ‘Tianhe’ yang mengandungi ruang kuarters untuk tiga anak kapal di stesen angkasa kekal China. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.