BENARKAH anak muda semakin bosan dengan politik? Persoalan itu wajar dilihat semula kerana apa yang kelihatan kini seperti mereka seolah bersikap tidak peduli terhadap politik.
Namun mungkin mereka sebenarnya rasa kecewa terhadap politik yang gagal memberikan perubahan bermakna dalam kehidupan.
Sebenarnya anak muda bukan tidak mengikuti perkembangan politik dan hakikatnya mereka mengetahui siapa yang bertelagah, parti mana yang sedang berunding dan isu apa yang menjadi perdebatan.
Bezanya, mereka tidak semestinya mahu menjadikan politik sebagai sebahagian besar daripada kehidupan seharian.
Generasi ini lebih cenderung menilai politik berdasarkan kesannya terhadap kehidupan. Mereka mahu tahu sama ada dasar mampu menyediakan pekerjaan yang baik, pendapatan lebih tinggi dan kehidupan yang lebih stabil selepas bertahun-tahun menuntut ilmu.
Sebab itu, perdebatan mengenai kuasa, jawatan dan kedudukan parti mungkin tidak lagi cukup untuk menarik perhatian mereka.
Politik yang hanya berlegar mengenai siapa menjadi pemimpin atau siapa mendapat lebih banyak kerusi boleh dilihat sebagai urusan kelompok elit yang tidak banyak mengubah kehidupan rakyat biasa.
Persoalan yang lebih dekat dengan anak muda ialah kemampuan memiliki rumah, membayar sewa, membeli kenderaan, menanggung kos pendidikan dan membina simpanan untuk masa depan.
Apabila pendapatan masih tidak seiring dengan peningkatan kos kehidupan, mereka mahu melihat penyelesaian yang konkrit daripada kerajaan dan pembuat dasar.
Dalam keadaan itu, label bahawa anak muda bosan politik adalah terlalu pra matang dan klise. Mereka mungkin bukan bosan dengan politik, tetapi bosan dengan politik yang banyak bercakap tetapi tiada hasil.
Media sosial pula menjadikan generasi muda lebih terdedah kepada pelbagai pandangan politik. Mereka membandingkan janji dan menilai kenyataan pemimpin di podcast dan Instagram, tanpa pergi ceramah.
Ia menjadikan mereka lebih sukar menerima retorik kosong apabila kenyataan pemimpin boleh dipersoalkan manakala janji yang tidak ditunaikan mudah diungkit semula. Dalam suasana ini, kredibiliti menjadi lebih penting daripada sekadar populariti.
Perkembangan politik yang menyaksikan parti-parti berbincang mengenai kerjasama dan penyatuan juga perlu dilihat daripada perspektif generasi muda. Mereka mungkin menyokong usaha mewujudkan kestabilan politik, tetapi mereka hanya mahu manfaat daripada kerjasama tersebut.
Jika penyatuan politik hanya berakhir dengan pembahagian kerusi, jawatan dan pengaruh, ia berisiko menguatkan persepsi bahawa politik hanyalah permainan mendapatkan kuasa.
Sebaliknya, kerjasama boleh menghasilkan dasar lebih baik untuk pekerjaan, pendidikan, perumahan dan kos sara hidup adalah lebih dekat di hati mereka.
Inilah cabaran besar kepada parti politik menjelang PRU16. Pengundi muda tidak boleh dianggap sebagai kelompok yang hanya perlu didekati beberapa bulan sebelum pilihan raya. Mereka perlu diyakinkan melalui dasar yang konsisten.
Kalau tidak, mereka boleh mengatakan: “tukar kerajaan sama sahaja, tiada pun perubahan. Kami pukul 7 pagi tetap keluar kerja.”
Justeru itu, parti dan pemimpin perlu memahami bahawa keutamaan anak muda tidak semestinya sama dengan generasi terdahulu. – UTUSAN
Juani Munir Abu Bakar adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Apa rakyat dapat jika terus rebut kuasa?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved